Kisah Para Nabi : Nabi Musa a.s
Kisah Para Nabi : Nabi Musa a.s
Nabi Musa as. pergi ke Gunung Thursina pada hari Isnin. Sesuai dengan firman Allah yang dijelaskan dalam Al-Quran: “Dan
Tatkala Musa datang untuk (munajat dengan Kami) pada waktu yang telah
Kami tentukan dan Tuhan telah berfirman langsung kepadanya, berkatalah
Musa: “Ya Tuhanku, nampakkanlah (diri Engkau) kepadaku agar aku dapat
melihat kepada-Mu.” Tuhan berfirman: “Kamu sekali-kali tidak sanggup
melihat-Ku, tetapi melihatlah ke bukit itu, maka jika ia tetap di
tempatnya, nescaya kamu dapat melihat-Ku.” Tatkala Tuhannya nampak bagi
gunung itu, kejadian itu menjadikan gunung itu hancur luluh dan Musa pun
jatuh pengsan. Maka Setelah Musa sedar kembali, dia berkata: “Maha Suci
Engkau, aku bertaubat kepada Engkau dan aku orang yang pertama-tama
beriman.” (Al-A’raaf: 143)
Nabi Musa as. telah melakukan tujuh kali perjalanan, semuanya terjadi pada hari Isnin.
1. Safarul Ghazab.
2. Safarul Harab.
3. Safarul Thalab.
4. Safarul Sabab.
5. Safarul ‘Ujub.
6. Safarul Adab.
7. Safarul Tharbi.
1. Safarul Ghazab
Perjalanan
Ghazab atau perjalanan kerana murka, adalah perjalanan Musa as. ketika
beliau dihanyutkan oleh ibunya ke dalam sungai, kerana takut kemurkaan
Fir’un.
Firman Allah SWT bermaksud: “Dan Kami ilhamkan kepada ibu Musa, “Susukanlah dia, dan apabila kamu khuatir terhadapnya maka jatuhkanlah dia ke dalam sungai (Nil). Dan janganlah kamu bimbang dan jangan pula bersedih hati, kerana sesungguhnya Kami akan mengembalikannya kepadamu, dan menjadikannya salah seorang daripada Rasul.” (Al-Qashash: 7)
Firman Allah SWT bermaksud: “Dan Kami ilhamkan kepada ibu Musa, “Susukanlah dia, dan apabila kamu khuatir terhadapnya maka jatuhkanlah dia ke dalam sungai (Nil). Dan janganlah kamu bimbang dan jangan pula bersedih hati, kerana sesungguhnya Kami akan mengembalikannya kepadamu, dan menjadikannya salah seorang daripada Rasul.” (Al-Qashash: 7)
2. Safarul Harab
Safarul Harab adalah perjalanan Nabi Musa ketika melarikan diri dari Mesir ke Madyan.
Firman Allah SWT bermaksud: “Maka keluarlah Musa dari kota itu dengan rasa takut menunggu-nunggu dengan kebimbangan, dia berdoa: Ya Tuhanku, selamatkanlah aku dari orang-orang yang zalim itu. Dan Tatkala ia menghadap kejurusan negeri Madyan ia berdoa lagi: Mudah-mudahan Tuhanku memimpinku ke jalan yang benar.” (Al-Qashash: 21-22)
Firman Allah SWT bermaksud: “Maka keluarlah Musa dari kota itu dengan rasa takut menunggu-nunggu dengan kebimbangan, dia berdoa: Ya Tuhanku, selamatkanlah aku dari orang-orang yang zalim itu. Dan Tatkala ia menghadap kejurusan negeri Madyan ia berdoa lagi: Mudah-mudahan Tuhanku memimpinku ke jalan yang benar.” (Al-Qashash: 21-22)
3. Safarul Thalab
Safarul
Thalab adalah perjalanan menuntut sesuatu. Merupakan perjalanan Nabi
Musa ketika pulang dari negeri Madyan dan beliau memerlukan api. Kemudia
beliau melihat cahaya api, maka dihampirinya.
Firman Allah SWT berbunyi: “Maka Tatkala Musa telah menyelesaikan waktu yang ditentukan dan dia berangkat dengan keluarganya, dilihatnya api di kaki gunung, ia berkata kepada keluarganya: “Tunggulah di sini, sesungguhnya aku melihat api, mudah-mudahan aku dapat membawa suatu berita kepadamu dari tempat api itu atau membawa sesuluh api, agar kamu dapat menghangatkan badan.” (Al-Qashash: 29)
Firman Allah SWT berbunyi: “Maka Tatkala Musa telah menyelesaikan waktu yang ditentukan dan dia berangkat dengan keluarganya, dilihatnya api di kaki gunung, ia berkata kepada keluarganya: “Tunggulah di sini, sesungguhnya aku melihat api, mudah-mudahan aku dapat membawa suatu berita kepadamu dari tempat api itu atau membawa sesuluh api, agar kamu dapat menghangatkan badan.” (Al-Qashash: 29)
4. Safarus Sabab
Safarus
Sabab adalah perjalanan yang disebabkan sesuatu. Iaitu perjalanan Musa
as. keluar dari Mesir menuju Sungai Nil dikejar oleh Fir’un berserta
tenteranya. Perjalanan itu jugalah yang menjadi sebab kebinasaan
Fira’un. Firman Allah SWT bermaksud: “Dan Kami selamatkan Musa dan orang-orang yang bersertanya semuanya. Dan Kami tenggelamkan golongan yang lain.” (Asy-Syu’ara: 65-66)
5. Safarul ‘Ujub
Safarul
Ujub iaitu perjalanan ujub, yang merupakan perjalanan Musa as. bersama
kaumnya ketika tersesat di hutan belantara selama 40 tahun. Mereka
diberi Allah makanan berupa ‘manna’ dan ‘salwa’ dan dikeluarkan oleh
Allah air dari batu-batu untuk minuman mereka. Firman Allah SWT
bermaksud: “Dan Kami naungi kamu dengan awan, dan Kami turunkan
kepadamu ‘manna’ dan ‘salwa.’ makanlah dari makanan yang baik-baik yang
telah Kami berikan kepadamu.” (Al-Baqarah: 57)
Firman Allah SWT lagi yang bermaksud: “Dan
ingatlah ketika Musa memohon air untuk kaumnya, lalu Kami berfirman:
“Pukullah batu itu dengan tongkatmu.” Lalu memancarlah daripadanya dua
belas mata air. Sungguh tiap-tiap suku telah mengetahui tempat minumnya
masing-masing. Makan dan minumlah rezeki yang diberikan oleh Allah, dan
janganlah kamu berkeliaran di muka bumi dengan berbuat kerosakan.” (Al-Baqarah: 60)
Diceritakan
bahawa kaum Nabi Musa as. yang ikut bersamanya di hutan belantara itu
berjumlah tujuh puluh ribu orang. Mereka semua terdiri daripada 12 kaum.
Firman Allah SWT bermaksud: “Dan mereka Kami bagi menjadi dua belas
suku atau kaum yang masing-masing suku mempunyai jumlah yang ramai dan
Kami wahyukan kepada Musa ketika kaumnya meminta air kepadanya:
“Pukullah batu itu dengan tongkatmu!”. Maka memancarlah daripadanya dua
belas mata air. Sesungguhnya tiap-tiap suku mengetahui tempat minum
masing-masing. Dan Kami naungkan awan di atas mereka dan Kami turunkan
kepada mereka ‘manna dan salwa’. Kami berfirman: “Makanlah yang
baik-baik dari apa yang telah Kami rezekikan kepadamu.” Mereka tidak
menganiaya Kami, tetapi merekalah yang selalu menganiaya diri mereka
sendiri.” (Al-A’raaf: 160)
6. Safarul Adab
Safarul Adab adalah perjalanan pendidikan, iaitu perjalanan Nabi Musa ke tepi sungai untuk berjumpa dengan Khidir as.
Firman Allah SWT bermaksud: “Dan
ingatlah ketika Musa berkata kepada muridnya: “Aku tidak akan berhenti
berjalan sebelum sampai ke pertemuan dua buah lautan, atau aku akan
berjalan sampai bertahun-tahun. Maka Tatkala mereka sampai ke pertemuan
dua buah laut itu, mereka lupa akan ikannya, lalu ikan itu melompat
mengambil jalannya ke laut itu. Maka Tatkala mereka berjalan lebih jauh,
berkatalah Musa kepada muridnya: “Bawalah kemari makanan itu,
sesungguhnya kita telah merasa letih kerana perjalanan kita ini.
Muridnya menjawab: Tahukah kamu tatkala kita mencari tempat berlindung
di batu tadi, maka sesungguhnya aku lupa menceritakan tentang ikan itu
dan tidak adalah yang melupakan aku untuk menceritakannya kecuali
syaitan dan ikan itu mengambil jalannya ke laut dengan cara yang aneh
sekali. Musa berkata: “Itulah tempat yang kita cari. Lalu keduanya
kembali mengikuti jejak mereka semula. Lalu mereka bertemu dengan
seorang hamba di antara hamba-hamba Kami yang telah Kami ajarkan
kepadanya ilmu dari sisi Kami. Musa berkata kepada Khaidir: “Bolehkah
aku mengikutimu supaya kamu mengajarkan kepadaku ilmu yang benar di
antara ilmu-ilmu yang telah diajarkan kepadamu.”(Al-Kahfi: 60-66)
7. Safarut Tharbi
Safarut
Tharbi adalah perjalanan suka cita, iaitu perjalanan Nabi Musa ke Bukit
Thursina untuk bermunajat kepada Allah SWT. Firman Allah SWT bermaksud:
“Dan Tatkala Musa datang untuk munajat dengan Kami pada waktu yang telah Kami tentukan...” (Al-A’raaf: 143)
Keagungan perjalanan Nabi Muhammad SAW
Nabi
Musa as. datang sendiri kepada Allah untuk munajat kepada-Nya. Namun
Nabi Muhammad SAW munajatnya kepada Allah dijemput oleh Malaikat Jibril.
Firman Allah SWT yang bermaksud: “Maha Suci Allah, yang telah
memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Masjidil Haram ke
Masjidil Aqsa yang telah Kami berkati sekelilingnya agar Kami
perlihatkan kepadanya sebahagian daripada tanda-tanda kebesaran Kami.
Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.” (Al-Isra’: 1)
Ketika
Nabi Musa as. munajat kepada Allah, ia diperintahkan agar menanggalkan
alas kakinya. Sebagaimana tercantum dalam firman Allah dalam surah Thaha
ayat 12 bermaksud: “Sesungguhnya Aku inilah Tuhanmu, maka tanggalkanlah
kedua kasutmu, sesungguhnya kamu berada di lembah yang suci, Thuwa.”
Sedangkan kepada Nabi Muhammad SAW Allah berfirman: “Janganlah kamu
tanggalkan kedua alas kakimu.”
Peristiwa ini sebagaimana diriwayatkan, bahawasanya Nabi Muhammad SAW bersabda: “Pada malam aku dimikrajkan, aku ingin membuka kedua alas kakiku, namun tiba-tiba terdengar suara: “Janganlah engkau tanggalkan kedua alas kakimu, hai Muhammad, agar Arsy dan kursi mendapatkan kehormatan berada di bawah alas kakimu itu. Aku berkata: Wahai Tuhanku, Engkau telah berkata kepada saudaraku Musa, Tanggalkanlah kedua alas kakimu, kerana engkau berada tempat yang suci, Thuwa? Allah SWT menjawab: Dekatlah kepada-Ku Wahai Abalqosim, dekatlah kepada-Ku Wahai Ahmad!, engkau tidak sama dengan Musa. Musa adalah kalam-Ku, sedangkan engkau adalah kekasih-Ku. Kalam tidaklah sama dengan kekasih.”
Komentar
Posting Komentar